Thursday, March 14, 2013

ujian

Bismillah...

Lama tak update blog..kali ini pun just quick update...
Masih dalam fatrah imtihan, yang paling menekan saya buat setakat ini..entah, barangkali kerana kali pertama untuk tahun klinikal, bertambah pula dengan perkara-perkara baru yang saya tengah belajar..

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.(Surah Muhammad: 31)

Akhir-akhir ini banyak dapat 'kalam-kalam taujihat' dari sahabat-sahabat sama ada 'direct' atau 'indirect'. Banyak perkara yang saya belajar. Dan yang paling saya takut bila belajar banyak perkara ialah keperluan untuk mengamalkan perkara yang dipelajari tersebut. Nak tak nak, saya kena bergerak berdasarkan apa yang saya faham. Tak ada lagi alasan untuk cakap, ' saya tak tahu'.

Apa pun kita kena ingat, apa pun perkara yang kita buat, adalah untuk kita juga, sebagai bekalan dan wasilah untuk kita capai kemenangan sebenar di akhir hidup kita. Dan sekiranya kita menarik diri atau bersenang-senang sekarang, tidak bekerja, bukan orang lain yang rugi, tapi kita sendiri juga. Pilihan di tangan kita.


p/s: Next exam ophthalmology..moga dipermudah urusan sahabah-sahabat..:)

No comments:

Post a Comment