Wednesday, December 26, 2012

Siapa yang rugi?

Alhamdulillah, atas segala kurniaan dan aturanNya pada hari ini. Kadang-kadang kita terlalu risau dengan apa yang akan berlaku pada esok hari, tanpa kita sedari bahawa segala-galanya berada dalam genggamanNya. Cuba kita serahkan dan bertawakal pada Dia, Pemilik segala yang ada di langit dan bumi dan di antara keduanya, masa itu hati akan terasa tenang kerana yakin, percaya dan beriman, semuanya yang berlaku adalah  yang terbaik untuk kita, ketentuan dari Ilahi.

Rugi. Semua tahu maksudnya. Seseorang itu akan rugi apabila dia terlepas sesuatu perkara yang baik. Cuma tak semua tahu apa perkara baik yang dia terlepas tu. Banyak kebaikan yang kita terlepas setiap hari, cuma kita tak sedar atau tak tahu yang sebenarnya kita dalam keadaan 'rugi'.

Di sini saya nak ajak sama-sama kita ingat kepentingan menuntut ilmu. Benda yang kita nampak sangat simple, tapi sebenarnya banyak sangat beza orang yang tahu dan tidak tahu. Orang yang 'alim dengan yang jahil. Yang bersungguh-sungguh dengan yang malas.

Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah al-Zumar 39:9)

Banyak ayat Quran dan hadis yang menekankan pentingnya menuntut ilmu. Malahan, wahyu pertama yang diturunkan pun, Surah al-Alaq menyuruhkan kita membaca. Memang tak dinafikan, kita manusia lemah. Akan rasa putus asa, malas, penat, jemu, bosan dan tak larat dalam menuntut ilmu, terutama diri sendiri ini. Sebagai pelajar perubatan, banyak sangat nota-nota kuliah yang perlu dibaca, difahami dan diingat hari-hari. Belum termasuk ilmu-ilmu lain yang cuba dipelajari sementara berada di Mesir ni.

Sememangnya malu dengan diri sendiri apabila guru lebih bersemangat mencurahkan ilmu daripada kesungguhan anak murid sendiri. Doctor dan lecturer di sini tak jemu untuk menerangkan kepada kita sehingga kita faham. Kalau ustazah kelas arab saya pula, beliau yang terlebih dahulu call kami, bertanyakan bila mahu meneruskan kelas bahasa Arab. Ustazah selalu minta kami ulangkaji apa yang telah dipelajari.

Bila fikir semula, kitalah yang rugi. Bila kawan kita ajak pergi ke majlis ilmu atau apa-apa kelas, kalau tak dapat hadir, kita cakap, "sorry lah, aku tak boleh datang," Sebenarnya, orang yang mengajak tak rugi apa-apa. Ustaz yang beri ceramah tu pun, tak rugi apa-apa kalau kita tak datang. Kerugian penganjur kalau tak ramai orang datang program pun tak serugi orang yang tak dapat datang Sebab apa? Kata-kata Imam Syafi'ie:


Lelah. Memang penat. Kena bangun awal, nak pegi kelas. Kena bersiap, pakai kemas-kemas, itu pun adab menuntut ilmu. Nak menapak kaki ke satu-satu tempat pun perlukan kekuatan. Duduk dalam kelas, dengar dan sedut ilmu-ilmu itu pun satu perkara. Dah habis kelas, amanah atas kita  pula untuk ingat apa yang kita belajar, kena amalkan dan kena juga sebarkan pada orang lain. Dan istiqamah itu sendiri pun perlukan mujahadah yang tinggi.

Tapi, Allah berfirman lagi dalam al-Quran,

"Sesungguhnya hamba Allah yang paling takut kepada-Nya adalah ulama." (al-Fathir: 28)

Ulama di sini tidaklah specific pada para ulama', tapi sebenarnya orang yang mengetahui ilmu dan kebesaran Allah. Dengan menuntut ilmu, Allah bagi peluang untuk kita menambah iman padaNya. Betapa tidak, andai seseorang hamba itu merenung setiap kejadian dan ciptaan Tuhan, subhanallah, akan rasa betapa manusia ini tidak ada apa-apa tanpa rahmat dan kurniaan dariNya. Besarnya kekuasaan zat Yang Maha Agung.

Daripada Abu Bakar ra. , sabda Rasulullah saw bermaksud : “ Mulakan pagimu sebagai seorang guru, atau pelajar, atau pendengar atau orang yang cintakan ilmu , maka jangan jadi orang yang kelima , kamu akan binasa “

Sedih bila mengingatkan ada yang tidak datang kuliah, sedangkan itu satu amanah. Manakan sama baca buku dirumah seorang diri dengan mendengar di dewan kuliah dan berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan. Jom, sama-sama berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu. Di samping kita belajar ilmu dalam bidang kita, jangan lupa untuk cuba ambil ilmu lain buat bekalan akhirat.Moga-moga Allah mempermudahkan urusan kita semua dan memberi kekuatan. Doa padaNya, in sha Allah, Dia akan beri apa yang kita perlukan.

p/s: jangan study last minute..:)



No comments:

Post a Comment