Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk menulis. Kuat sungguh ujian yang Allah beri kali ini untuk mencoret idea di blog ini. Harapnya Allah izin untuk saya sudahkan penulisan kali ini.
Semoga terus kuat berlari, trek itu pasti disitu, pelarinya mungkin silih berganti, tapi dimanakah aku?
Ini Laut Mediterranean, di pinggir Bandar Iskandariah,
gambar yang diambil dari rooftop ward
kanak-kanak di Syatby Hospital tempat saya belajar sekarang. Subhanallah, laut
yang memang tidak jemu dan selalu menenangkan mata-mata pada hati-hati yang
gundah gulana.
Tidak banyak yang ingin saya nyatakan kali ini. Round yang
berbaki kurang dari 2 minggu seakan mengejar. Masih tidak puas mempelajari
kes-kes pada kali ini.
Sayu rasa hati mengenangkan kanak-kanak yang masih tidak
mengerti apa-apa sudah menanggung beban yang berat untuk menghadapi pelbagai
penyakit. Ada yang terpaksa berulang ke hospital setiap minggu dari rumah yang
jauh untuk mendapatkan rawatan.
Nampaknya diri ini perlu belajar dari ketabahan seorang
kanak-kanak.
Tambahan kalau masuk ward NICU (Neonatal Intensive Care
Unit), bayi-bayi yang lahir tidak cukup bulan terpaksa bersabung nyawa sebelum
dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain.
Semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kehidupan
yang semakin mencabar dari hari ke hari. Kerana kita mampu, kerana itulah kita
diberi bebanan.
Semoga terus kuat berlari, trek itu pasti disitu, pelarinya mungkin silih berganti, tapi dimanakah aku?
Kerana jalan itu panjang, tidak pasti mana penghujungnya, teruskanlah...
No comments:
Post a Comment