Bukan sekadar tagline, tapi ungkapan itulah yang
tercetus di benakku setiap kali tiba waktu itu.. Ya, aku begitu ingin menatap
wajah mereka, setiap satunya. Kerana lama tidak berjumpa, kerana masing-masing
sibuk dengan halnya, kerana hanya di SC itu kami bersemuka dan meluah rasa.
Masih aku ingat pertemuan pertama, mengenali murabbi yang kami cinta. Betapa Allah menjadi saksi, hari itu, di situ dan bermula saat itu ukhuwah kami terbina. Mengenali mereka yang aku terima sebagai keluarga bukan perkara biasa tapi cukup besar dan bermakna. Maka aku pohon ‘Ya Allah, Kau peliharalah ikatan ini, kukuhkan kasih sayang ini, satukanlah hati-hati kami, thabatkan kami di jalan ini’.
Masih aku ingat pertemuan pertama, mengenali murabbi yang kami cinta. Betapa Allah menjadi saksi, hari itu, di situ dan bermula saat itu ukhuwah kami terbina. Mengenali mereka yang aku terima sebagai keluarga bukan perkara biasa tapi cukup besar dan bermakna. Maka aku pohon ‘Ya Allah, Kau peliharalah ikatan ini, kukuhkan kasih sayang ini, satukanlah hati-hati kami, thabatkan kami di jalan ini’.
Andai ditanya
apa yang istimewa, kami punya dunia sendiri tatkala kami bersama. Cuba mencari
antara renggang masa, diusahakan juga ada semuanya. Dalam dunia itu, segala
keserabutan minda dan jiwa seakan hilang menjauh seketika. Tak jemu menunggu, tak
lelah mendengar, tak segan bertanya, sesekali berderai juga gelak dan tawa. Andai
ditanya apa yang ‘bestnya’, cerita murabbi ‘part’ paling utama.
Jarang sekali
kedengaran suara, tapi kehadirannya cukup dinanti semua. Soalan biasa yang
diaju padanya, ‘Ani, musyrif dah ada?’. Suryanie Noordin itulah orangnya.
Amalina memang
‘busy’ sentiasa, sekarang TPah dulu setiausaha. Walau hanya untuk seketika,
pasti muncul juga akhirnya.
Selalunya dia paling awal tiba, ketua yang dedikasi Noornajihah orangnya. Komited bekerja ringan tangannya, kalau nak ‘qiam’ kami ke rumahnya.
Ruzanna juga senyap orangnya, sekali berkata menyentuh jiwa. ‘Dessert’ selalunya pasti ada, senyap-senyap tapi ada bakat rupanya.
Selalunya dia paling awal tiba, ketua yang dedikasi Noornajihah orangnya. Komited bekerja ringan tangannya, kalau nak ‘qiam’ kami ke rumahnya.
Ruzanna juga senyap orangnya, sekali berkata menyentuh jiwa. ‘Dessert’ selalunya pasti ada, senyap-senyap tapi ada bakat rupanya.
Suka berceloteh tiada lainnya, itulah dia
Aqilah namanya. Membuat kami selalu tertawa, andai tiada sepi sahaja.
Athirah pula
macam SU lagaknya, bila mencatat memang sempurna. Nak tilawah kami tanya ‘muka
surat berapa?’, diam-diam tapi berisi orangnya.
Syeikhah Hafsah
gelaran diberi, dialah yang paling kami segani. Sirah, tajwid, tafsir dan
motivasi, pabila berkata menyentuh hati.
Orangnya ceria
sangat ‘supportive’, Liyana Bolhan nama diberi. Ayatnya ‘power’ cukup puitis, itulah
dia ex-PKB.
Sangat cakna
isu semasa, cutinya terisi perkara berguna, rajin orangnya suka bertanya,Izyan
Hanisah empunya nama.
Coretan aku
mengenai mereka mungkin tak seberapa, tapi cukup aku berkongsi sekadar sahaja.
Pertemuan demi pertemuan, menjadikan aku semakin kenal akan keluarga ini. Dan
setiap kali itu juga, banyak ilmu yang kami peroleh dari murabbi. Dan ada
sahaja perkongsian daripada ahli-ahli yang lainnya, maklumlah semuanya
mentor-mentor SC belaka. Tapi acap kali juga aku mungkin terlupa, medan ini
bukan sekadar memberi dan menerima.
Lantas aku teringat Allah berfirman dalam
kitabNya ‘ Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang
tidak kamu kerjakan?’, (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu
mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan’. Terasa berat terpundak beban,
menanggung ilmu yang dicurahkan tanpa amalan yang diterjemahkan.
Mari bersama muhasabah diri, andai benar apa
yang dicita, menegakkan Islam di muka bumi, tapi sudah cukupkah memberi?. Mari
bersama koreksi diri, andai penuh ilmu di dada, sebanyak mana amalan fardhi,
seutuh mana iman di jiwa? Ingat tujuan diturunkan ke bumi, menjadi khalifah
juga abdi, jalankan amanah sebagai daie, moga perjuangan sentiasa diredhai.
Bingkisan istimewa buat murabbi, pasti
menanti dari tadi. Takkan aku lupa segala budi, mendidik kami tanpa henti.
Dialah pemula ikatan kami, dia penyatu ukhwah kami, membimbing kami dan
mengasihi, memberi ilmu juga inspirasi.
Adab sopannya memang tinggi, aku mencuba untuk mencontohi, kak Hasyimah nama
diberi, murabbi kami penyejuk hati.
Sedang aku mendengar pengisian yang diberi,
aku membayangkan saat kelibat itu tiada lagi di hadapan mata. Pasti rindu kami
dibuatnya. Dia bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi, menyambung perjuangan
di tanah air sendiri.. Berpisah bukan pilihan kami, perkara yang memang
menyayat hati, berjauhan juga tidak sekali, memang itu takdir Ilahi, doakan
kami tabah di sini,
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipilih
Allah menjadi sebahagian daripada mereka. Punya murabbi dan keluarga sendiri di
sini. Bersyukur kerana dikurniakan insan-insan seperti mereka. Senyuman mereka penawar
duka, bicara mereka pengubat rasa. Mungkin sahaja apa yang aku coretkan ada mengguris
jiwa, tangan dihulur maaf dipinta.
Jangan dilupa pesan Nabi kita, ‘Jikalau
seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan pada
saudaranya itu bahawa ia mencintainya’. Maka dengarkan aku berbicara, aku sangat
cinta kalian semua, moga bertemu di syurga sana, dengan izinNya.
nukilan: Nur Shaquerin Sahuddin
nukilan: Nur Shaquerin Sahuddin
No comments:
Post a Comment